19 Mac 2023 menjadi hari yang bermakna buat SJKC Chung Hwa kerana telah menerima kehadiran Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Ybhg. Dato Hj Pkharuddin bin Hj Ghazali, Pengarah JPNK En. Mohd Zamri bin Abdul Aziz, Timbalan Pengarah JPNK Tn Hj Mohamad bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Kelantan En. Wan Ahmad Azmi bin Husain, Timbalan Pegawai PPDKB Dr. Ahmad Yani bin Mohamad dan rombongan pegawai dari KPM, JPN dan PPDKB sempena Pemantauan Pengoperasian Minggu Pertama Pembukaan Sekolah sekaligus merasmikan Pengoperasian Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024.
Selesai majlis perasmian beliau dan pegawai yang lain bersama-sama pelajar Tahun 5 di Stadium Terbuka bagi aktiviti Karnival Bahasa dan Kebudayaan. Seterusnya mereka ke Bilik SAL bagi acara Sidang Media bersama wartawan.
Selepas itu Guru Besar membawa rombongan ke Dewan Serbaguna bagi melihat persembahan murid Tahun 3 yang mempersembahkan nyayian dan bahasa isyarat lagu. Para tetamu kelihatan cukup gembira dan bangga dengan kemampuan dan kesungguhan pelajar. Sebelum para tetamu berlalu, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SJKC Chung Hwa memberi cenderamata sebagai kenangan.
Sekian.