Pada 26.03.2024 bersamaan hari Rabu , sekolah kita telah menerima kunjungan “Lawatan Kerja Ketua Audit Sekolah Negeri Kelantan” iaitu En Kang Chong Him dan 3 orang pegawai iringan iaitu En Wan Fathi, En Husni dan En Azarul Sham.
Tujuan Lawatan Kerja ini adalah berkaitan Pendedahan Perundangan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). Justeru itu, Guru Besar Jue Pei Ling perlu memberi serba sedikit taklimat berkenaan perkara-perkara yang berikut :
1) Latar belakang sekolah
2) Perundangan dan punca kuasa Lembaga Pengelola Sekolah
3) Tanggungjawab dan Peranan LPS berbanding Guru Besar
4) Status dan Prestasi Terimaan serta Perbelanjaan Semasa Kumpulan Wang Sekolah
5) Status Bantuan Awal Persekolahan sesi 2024/2025
Secara keseluruhan, Lawatan Kerja ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari Ketua Audit Negara. Mereka sempat melawat kawasan sekitar sekolah yang telah dilakukan pengubahsuai dan penyelenggaraan.
Sekian.
Dilaporkan oleh,
Tuan Nor Azlinda Bt. Tuan Sulaiman
Ketua Pembantu Tadbir SJKC Chung Hwa