30Nov 2021,Taklimat Penerangan Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi) oleh Pn Salamiah bt Hassan, Penolong Setiausaha Kanan di Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia.
SJKC Chung Hwa telah terpilih di bawah Program Kesejahteraan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan #111 Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Sebanyak 65 orang guru telah menyempurnakan Saringan 1 Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi) dan telah berjaya melepasi semua konstruk dengan markah Sederhana Tinggi dan Tinggi
Taklimat adalah mengenai Pentafsiran Skor yang melibatkan 8 konstruk iaitu Emosi, Fizikal,Intelektual,Perhubungan,Pekerjaan,Spiritual, Identiti dan Kewangan.
(Laporan : Cikgu Owee)