最新消息

< > 欢迎浏览吉兰丹哥打巴鲁中华国民型小学官方部落格 < > SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SJKC CHUNG HWA KOTA BHARU KELANTAN< >

Lawatan Bimbingan Program Perpaduan

Pada 26 Ogos 2025, SJKC Chung Hwa telah menerima kunjungan lawatan, Pn. Norhayati Aziz @ Esa dari Institut Aminuddin Baki, Jabatan Konsultasi Kepimpinan Pendidikan untuk bimbingan Program Perpaduan ke SJKC Chung Hwa.

Sebelum memulakan lawatan, beliau telah berkenalan terlebih dahulu dengan beberapa orang guru di dalam bilik guru. Setelah itu, Guru Besar serta 3 orang guru penolong kanan telah memulakan lawatan lebih kurang pukul 9.30 pagi.

Lawatan dimulakan di ruang legar Cakna Setiap Murid dan mengadakan sesi penggambaran di situ. Guru Besar menerangkan beberapa perkara yang terdapat di situ. Seterusnya, tetamu jemputan dibawa melawat ke Dewan Jimbo – Ruang Bacaan. Beliau memuji pihak sekolah dengan adanya ruang bacaan yang luas dan selesa untuk murid-murid membaca pada waktu rehat mahupun pada waktu pulang.

Beliau juga dibawa ke Anjung Kasih dan melalui koridor kecemerlangan. Beliau sangat teruja dengan pencapaian murid-murid di SJKC Chung Hwa semasa melalui koridor tersebut. Selain itu, beliau juga dibawa melawat ke Anjung Pintu B. Tetamu jemputan seterusnya dibawa ke bilik PIBG untuk sesi pembentangan dan bimbingan secara bersemuka. Beliau telah memberi bimbingan yang penuh kepada pihak sekolah berkenaan dengan program perpaduan. 

Oleh itu, lawatan bimbingan berkenaan Program Perpaduan oleh Pn Norhayati Aziz @ Esa dari Institut Aminuddin Baki telah berakhir dengan jayanya. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas bimbingan beliau.

Laporan disediakan oleh, 

Pn Izatti