最新消息

< > 欢迎浏览吉兰丹哥打巴鲁中华国民型小学官方部落格 < > SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SJKC CHUNG HWA KOTA BHARU KELANTAN< >

Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2018

15 Ogos 2018,Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2018 telah dijalankan di sekolah kami. Pegawai Penilai daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Encik Rorzali dan Puan Rohazlina dari BTP, KPM.  Panel hakim diiringi oleh pegawai-pegawai dari BTPN dan PKG.
Rombongan telah dijemput ke stadium terbuka untuk menyaksi persembahan dari Pasukan Gendang 24 Musim, Wu Shu, Yoyo Cina dan Tarian.
Selepas menyaksi persembahan, rombongan dijemput ke pantri untuk kudupan pagi. Selepas itu, rombongan dijemput ke bilik mesyuarta. Ucapan guru besar dan Encik Rorzali disampaikan. Setelah ucapan, para hadirin dijemput untuk menonto video korporat dan pembentangan daripada Cikgu Hau. Kemudian, para hadirin dijemput untuk melawat ke sekeliling sekolah.
Setelah melawat ke sekeliling sekolah, panel hakim dijemput ke Pusat Sumber untuk menilai dokumentasi.
Majlis penutupan diadakan di Bilik Sal pada pukul 4.45 petang. Ucapan disampaikan oleh Encik Rorzali dan guru besar kami. Cenderahati juga disampaikan kepada panel hakim dan pegawai BTPN dan PKG. Majlis bersurai pada pukul 5 petang.

gambar