最新消息

< > 欢迎浏览吉兰丹哥打巴鲁中华国民型小学官方部落格 < > SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SJKC CHUNG HWA KOTA BHARU KELANTAN< >

Pertandingan Koakademik Bahasa Secara Dalam Talian Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2020






 

 

 

 

 

 

 

 

 

8/12/2020, Satu keputusan yang tidak disangkakan dan melakarkan sejarah apabila Jeseline See Sze Wen, murid Tahun 6 Biru dari SJKC Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan , sebuah sekolah aliran Cina telah mengungguli dalam Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2020 kategori Pertandingan Mengarang Sajak Sekolah Rendah yang telah diadakan pada bulan Julai 2020 yang melibatkan semua sekolah rendah pelbagai aliran.

Sajaknya “Keberadaanmu Benteng Hidup Kami” telah terpilih sebagai Johan peringkat negeri. Jeseline See Sze Wen juga terpilih untuk mewakili JPN Kelantan ke pertandingan peringkat kebangsaan.
Bersama-sama, Jaseline, rakan sekelasnya juga, Ahmad Najmi Harith bin Mohd Shamsuddin, juga telah memenangi hadiah sagu hati melalui sajaknya, “ Pudarkanlah Kedukaanmu Wiraku” dalam pertandingan sama. 
 
Jaseline See Sze Wen telah mendapat sebuah piala dan sijil manakala Ahmad Najmi Harith bin Mohd Shamsuddin telah mendapat hadiah dan sijil.
 
 
Laporan disediakan oleh,
Cikgu Ahmed Yushamdden