最新消息

< > 欢迎浏览吉兰丹哥打巴鲁中华国民型小学官方部落格 < > SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SJKC CHUNG HWA KOTA BHARU KELANTAN< >

LAWATAN PROFESIONALISME MAJLIS GURU BESAR KB1

24 Oktober 2021 ( Ahad ),Majlis Guru Besar Kota Bharu 1 ( MGBKB 1 ) dengan julung kalinya telah mengadakan lawatan ke SJKC Chung Hwa,KB.Pengerusi MGBKB 1 iaitu Encik Mohammad Fadzil berserta 11 ahli MGBKB 1 terlibat dalam rombongan lawatan pada kali ini. 

Tujuan lawatan ini adalah melawat persekitaran sekolah, mengeratkan silaturahim sesama ahli MGBKB 1 serta berkongsi pendapat untuk meningkatkan prestasi sekolah dan memperkasakan lagi sistem pendidikan. 

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengerusi dan ahli MGBKB 1 sudi meluangkan masa untuk terlibat dalam sesi lawatan ke SJKC Chung Hwa,Kota Bharu.Diharapkan program lawatan seumpama ini diteruskan pada masa akan datang.