最新消息

< > 欢迎浏览吉兰丹哥打巴鲁中华国民型小学官方部落格 < > SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SJKC CHUNG HWA KOTA BHARU KELANTAN< >

Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Pada 18 Mei 2022, hari Rabu yang lepas, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini diadakan di dewan Jin Bo, SJKC Chung Hwa.

Pihak panitia berbesar hati menjemput seluruh warga kerja SJKC Chung Hwa bersama-sama semua murid Islam memeriahkan jamuan tersebut.

Kami juga berbangga kerana YDP PIBG sekolah En. Lua Tat Sing serta pengerusi MGB Ustaz Mohd Fadzil bin Mat Il sudi bersama-sama menjamu selera.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang menyumbangkan pelbagai juadah menarik sebagai hidangan kami semua dan anak-anak .

Kemeriahan majlis , keceriaan anak-anak serta kebersamaan semua guru dan kakitangan sekolah ini amat membanggakan kami. Semoga majlis yang sederhana tetapi meriah ini akan dapat diadakan lagi pada tahun hadapan .