最新消息

< > 欢迎浏览吉兰丹哥打巴鲁中华国民型小学官方部落格 < > SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SJKC CHUNG HWA KOTA BHARU KELANTAN< >

PENILAIAN KEDUA ANUGERAH PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2022

Unit SPBT SJKC Chung Hwa berbesar hati kerana telah berjaya mendapat kedudukan lima(5) tempat teratas untuk sesi penilaian pertama dalam  Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. 

Pada 16 Ogos 2022 (Selasa), sesi penilaian kedua telah dilaksanakan bagi menyemak semula dan mengesahkan bahan serta dokumen yang telah dinilai semasa penilaian pertama dengan kehadiran 3 orang panel utama , iaitu 

1) Yang berusaha En. Abd Razak Bin Husin
           Ketua Penolong Pengarah
           Sektor Penghasilan Buku Teks
           Bahagian Sektor dan Teknologi Pendidikan, KPM
2) Yang Berusaha  En. Mohd Shahrin bin Omar
           Penolong Pengarah 
           Bahagian Sektor dan Teknologi Pendidikan, KPM
3)     Yang Berusaha  En. Mohammad Zahid Bin Mohammad Sabri
           Penolong Pengarah
           Bahagian Sektor dan Teknologi Pendidikan, KPM

Penilaian kali kedua juga diiringi oleh 
1) Yang berusaha En. Kamal Ruzaman Bin Hassan
           Ketua Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid
           Sektor Pembangunan Murid 
           JPN Kelantan
2) Yang berusaha En. Yusran Bin Yaakub 
           Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada panel penilai Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks SPBT Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. 

Pengiktirafan ini hasil kerjasama dan sokongan yang padu dari Pihak Pengurusan, Guru-Guru, Staf Sokongan serta murid dan ibu bapa.

Ucapan selangit penghargaan turut diberikan kepada AJK SPBT yang sama-sama menjadi tulang belakang dalam menaiktaraf pengurusan BOSS SJKC Chung Hwa ke tahap yang lebih baik.