最新消息

< > 欢迎浏览吉兰丹哥打巴鲁中华国民型小学官方部落格 < > SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SJKC CHUNG HWA KOTA BHARU KELANTAN< >

Program Lawatan Penanda Arasan ke SJKC Chung Hwa dan Sesi Perkongsian Sekolah Hub Pembudayaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Bersama-sama Guru-guru Besar QIT Kedai Buloh

Pada 3 Oktober 2023 (Selasa), Program Lawatan Penanda Arasan ke SJKC Chung Hwa dan Sesi Perkongsian Sekolah Hub Pembudayaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Bersama-sama Guru-guru Besar QIT Kedai Buloh telah diadakan. Seawal pukul 7 pagi, SJKC Chung Hwa telah menerima kedatangan 10 orang Guru-guru Besar dari QIT Kedai Buloh.

Sesi Lawatan Penanda Arasan bermula dengan lawatan ke kelas suria yang berlangsung di kelas tahun 1 serta Kelas Bacaan Pagi yang diadakan di Stadium Terbuka SJKC Chung Hwa. Seterusnya sesi bergambar di sekeliling kawasan sekolah. Pelawat turut dibawa melawat tandas murid, pejabat, bilik guru serta Galeri Sejarah. Selepas menjamu selera di pantri, rombongan guru besar meneruskan lawatan ke pusat sumber, bilik rakaman(TVPSS) serta Bilik SPBT.

Sesi Perkongsian Sekolah Hub Pembudayaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bermula pada pukul 10 pagi hingga 11 pagi. Guru-guru Besar Qit Kedai Buloh meluahkan rasa terpegun dengan fasiliti sekolah serta memberi pujian kepada pihak pentadbir sekolah.  

(Dilapor oleh Cikgu Teon Sim Wai)