Pada 14 April 2025 (Isnin), Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Stadium Terbuka SJKC Chung Hwa.Majlis ini bermula pada jam 1.20 petang sehingga jam 3.00 petang.Seramai 72 orang guru termasuk guru KAFA, staf pejabat, perkerja am, 133 orang murid Islam serta YDP PIBG bersama ahli PIBG telah menghadiri majlis tersebut.Para tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai makanan dan minuman yang disumbangkan oleh para ibu bapa murid Islam. Kuih muih moden seperti kek,puding dan biskut raya turut dihidangkan. Tidak ketinggalan juga kuih muih tradisional seperti tapai, ketupat,satay dan nasi himpit.
Pada akhir majlis ini telah diadakan sesi bergambar bersama Puan Guru Besar, YDP PIBG, murid-murid Islam dan para guru. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri telah dapat diadakan dengan meriah dan berjaya mendapat kerjasama semua pihak.
Tahniah semua.