最新消息

< > 欢迎浏览吉兰丹哥打巴鲁中华国民型小学官方部落格 < > SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SJKC CHUNG HWA KOTA BHARU KELANTAN< >

丹马来语嘉年华讲故事比赛 周婕瑜陈韵伊获佳绩

Pada 21 Ogos 2025 (Khamis), dua orang murid telah berjaya mewakili sekolah ke Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris sempena Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Peringkat Negeri Kelantan untuk Tahun 2025 yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Dalam pertandingan Bercerita Kategori SJK, adik Chu Jie Yue dari kelas 5 Ungu telah berjaya meraih Naib Johan, manakala adik Jezebell Chin Yun Ee dari kelas 4 Ungu telah memenangi Tempat Kelima. 

Sekalung tahniah diucapkan kerana telah berjaya menonjolkan bakat serta mengharumkan nama sekolah. Diharapkan kejayaan ini menjadi aspirasi kepada murid SJKC Chung Hwa untuk terus maju dalam bidang koakademik pada masa akan datang.

Disediakan oleh, 

Cikgu Teon Sim Wei