最新消息

< > 欢迎浏览吉兰丹哥打巴鲁中华国民型小学官方部落格 < > SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SJKC CHUNG HWA KOTA BHARU KELANTAN< >

KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA PERINGKAT NEGERI KELANTAN (Pertandingan Bercerita Kategori SJK)

    Tiga orang murid iaitu Chu Jie Yue (6 Ungu), Jezebell Chin Yun Ee (5 Ungu) dan Chin Rou Sze (4 Ungu) telah berjaya memasuki pusingan akhir Pertandingan Bercerita Kategori SJK sempena Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Peringkat Negeri Kelantan untuk Tahun 2026. Mereka telah mewakili sekolah ke pertandingan tersebut yang berlangsung pada 14 Julai 2026 (Selasa), bertempat di UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang, Machang . 

    Dalam pertandingan tersebut, adik Chu Jie Yue dari kelas 6 Ungu mencipta kecermelangan dengan meraih Johan, manakala adik Jezebell Chin Yun Ee dari kelas 5 Ungu tidak ketinggalan dan telah memenangi Tempat Keempat. Sekalung tahniah diucapkan kerana telah berjaya menonjolkan bakat serta mengharumkan nama sekolah. Diharapkan kejayaan ini menjadi aspirasi kepada murid SJKC Chung Hwa untuk terus maju dalam bidang koakademik pada masa akan datang. 

                                                                                       Dilaporkan oleh: Cikgu Teon Sim Wa