Majlis perasmian Surau Al-hakim telah berlangsung pada hari isnin , 17 Ogos 2026 bertempat di surau tersebut.
Majlis dihadiri Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah , Encik Lua Tat Sing, Pengerusi PIBG Encik Yap Soon Kau dan ahli jawatankuasanya. Guru Besar Puan Jue Pei Ling dan guru- guru penolong kanan , semua guru beragama Islam, ahli jawatan kuasa ubahsuai surau, penyumbang- penyumbang serta murid-murid Islam turut hafir bersama.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Ahmed Yushamuddin diikuti nyanyian lagu rasmi.
Encik Nik Muhammad Khairul Anuar selaku pengerusi projek ubahsuai surau seterusnya memulakan bicara aluan dan terima kasih diatas kerjasama semua pihak dalam menjayakan projek ubahsuai ini.
Majlis diserikan dengan persembahan nasyid dari murid-murid . Seterusnya hadirin dihidangkan dengan tayangan montaj permulaan proses pengubahsuaian sehingga sempurna.
Pihak sekolah diwakili Encik Yap Soon Kau berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa projek ubahsuai surau sebagai tanda terima kasih.
Mewakil jawatankuasa ubahsuai surau pula, Ustazah Nor Hashimah menyampaikan sedikit cenderahati kepada puan guru besar, pengerusi jemaah pengelola dan pengerusi PIBG sebagai kenang-kenangan.
Majlis seterusnya di sempurnakan dengan acara memotong riben dan menandatangani plak perasmian oleh Encik Lua Tat Sing dan Puan Jue Pei Ling.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas kehadiran dan sokongan semua . Semoga surau ini akan menjadi satu lambang kesatuan semua di SJKC Chung Hwa.
Laporan disediakan oleh,
Ustazah Nor Hashimah









