最新消息

< > 欢迎浏览吉兰丹哥打巴鲁中华国民型小学官方部落格 < > SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SJKC CHUNG HWA KOTA BHARU KELANTAN< >

GPS UPSR Terbaik Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tahun 2014

27 April 2015, Guru Besar telah menghadiri majlis penyampaian Anugerah Kualiti dan Inovasi Tahun 2014 yang dianjur oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Majlis penyampaian tersebut telah diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Sekolah kami telah mendapat anugerah GPS UPSR Terbaik tahun 2014 dalam kategori Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus atas kejayaan ini.  Diharap dengan kejayaan ini akan mendorong dan membakar lagi semangat guru-guru untuk memastikan kecemerlangan sekolah akan terus berada di puncak.