最新消息

< > 欢迎浏览吉兰丹哥打巴鲁中华国民型小学官方部落格 < > SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SJKC CHUNG HWA KOTA BHARU KELANTAN< >

反毒运动周 学习向毒品说不

Pada 27 - 31 Julai 2025, Unit PPDA dan Unit Bimbingan & Kaunseling SJKC Chung Hwa Kota Bharu telah melaksanakan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta menggalakkan gaya hidup sihat tanpa pengaruh bahan terlarang. 

Program ini menyasarkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan melibatkan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan, kesedaran serta hibur didik. Berikut ialah aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Anti Dadah:

27 Julai-Perasmian Minggu Anti Dadah & Ceramah Anti Dadah

28 Julai-Tayangan Video Kesedaran & Kraftangan Tahun 6

29 Julai-Pertandingan Mewarna (T1) & Poster (T2)

30 Julai-Persembahan Sajak

31 Julai-Senamrobik & Penyampaian Hadiah

Aktiviti-aktiviti yang dirancang telah berlangsung dengan lancar dan mendapat maklum balas positif daripada guru dan murid. 







Gambar-gambar aktiviti👉https://photos.app.goo.gl/N1UBp478buTpXDiC7