最新消息

< > 欢迎浏览吉兰丹哥打巴鲁中华国民型小学官方部落格 < > SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SJKC CHUNG HWA KOTA BHARU KELANTAN< >

Pengauditan Terhadap Pengurusan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu Bagi Modul PBD, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada 24 Ogos 2025(Ahad), SJKC Chung Hwa telah menerima rombongan pengauditan yang terdiri daripada tiga orang pegawai Unit Audit Dalam (UAD), Kementerian Pendidikan (KPM) iaitu Encik Kamarull Ariffin b Mohd Ghaztar, Puan Ureda Noor bt Iza dan Cik Noor Fazliena bt Abu Seman. Di samping itu, dua orang pegawai pegiring daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan iaitu Tuan Zubaidah bt Tuan Man dan Encik Ahmed Sallehuddin b Ariff juga ikut serta. Empat orang pegawai SISC+ daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diketuai Encik Mohd Allif Sobri b Abdul Wahab, Encik Nik Nor Ahmarizam b Nik Ahmad, Puan Noor Habibah Ahmad @ Abu Bakar dan Puan Salma bt Ab Rahman.

Objektif pengauditan ini dijalankan untuk menilai pengurusan SPPB bagi modul PBD, KPM telah diurus dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu sebagai satu system pengurusan pentaksiran yang menyeluruh bagi semua pentaksiran KPM. Pengauditan ini melibatkan semakan dokumen dan rekod berkaitan pengurusan SPPB bagi modul PBD, KPM bagi tempoh tahun 2023 hingga 2025 untuk Kelas 6B sebagai sampel terpilih.

Sesi pengauditan yang bertempat di Bilik SAL bermula pada jam 12.05 tengah hari telah dihadiri oleh barisan pentadbir, guru penyelaras PBD dan guru-guru mata palajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Selepas pembentangan mukadimah oleh Guru Besar, sesi temu bual bersama guru mata pelajaran dan semakan dokumen berjalan serentak dan berakhir pada jam 2.35 petang dengan laporan semakan audit sebagai penutup tirai.

Laporan disediakan oleh, 

Puan Lee Lay Kheng

PKP SJKC Chung Hwa